Nak sambung belajar tapi tidak memenuhi Syarat Kelayakan Akademik?

 

Pusat Penilaian APEL (PPA) Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) kini membuka permohonan kepada individu yang mempunyai pengalaman kerja bagi proses penilaian pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu melalui APEL A.

APEL.A didefinisikan sebagai satu proses sistematik yang melibatkan identifikasi, dokumentasi dan penilaian pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu, seperti ilmu pengetahuan, kemahiran, dan sikap bagi menentukan tahap di mana seseorang individu telah mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan, sebagai akses kepada sesuatu program pengajian dan/atau penganugerahan kredit.

APEL.A memberi peluang kepada mereka yang mempunyai pengalaman kerja tetapi kurang kelayakan atau tiada kelayakan akademik untuk menyambung pelajaran di Pemberi Pengajian Tinggi (PPT). Secara umumnya, penilaian APEL.A melibatkan penilaian terhadap ilmu yang diperoleh oleh seseorang itu menerusi pendidikan formal mahupun menerusi pengalamannya terdahulu.

Berminat untuk membuat permohonan APEL.A ?

Mohon Sekarang di ??

Langkah 1️ : Permohonan di Portal APEL MQA

https://www2.mqa.gov.my/apel_a/reg.cfm

Langkah 2️ : Permohonan di Pusat APEL UMPSA (UMP Advanced)

https://umpadvanced.edu.my/admission_apel/

Image