CSR Ramadhan bersama Pusat Jagaan Hembusan Kasih Sayang
PROGRAM CSR:
IPS DAN PGA DI PUSAT JAGAAN HEMBUSAN KASIH SAYANG
30 Mei 2019 : Menjelang Hari Raya Aidilfitri 1440H, Institut Pengajian Siswazah dengan kerjasama Postgraduate Association telah mengadakan Program CSR di Pusat Jagaan Hembusan Kasih Sayang, Taman Guru, Kuantan, Pahang. Seramai 60 orang anak yatim dan kurang berkemampuan telah menerima sumbangan berupa barangan keperluan asas, keperluan makanan dan duit raya.
Menurut Pengetua Pusat Jagaan Hembusan Kasih Sayang, Ustaz Mohd Uqbah bin Mohd, untuk menampung tempat tinggal anak-anak tersebut yang terdiri daripada 29 orang lelaki dan 31 orang perempuan, pihak pengurusan Pusat Jagaan Hembusan Kasih Sayang perlu menyewa 4 buah rumah. Oleh yang demikian, sumbangan dan bantuan daripada semua pihak yang sudi adalah amat dialu-alukan bagi meringankan beban kewangan disamping dapat membantu para penghuni pusat jagaan tersebut.
Program CSR IPS dan PGA ini juga mendapat sokongan penuh dan kerjasama daripada Yang Hormat Profesor Dato’ Dr. Hasnah binti Haron, Dekan IPS dan juga Timbalan Dekan IPS iaitu YBhg Profesor Datin Dr. Mimi Sakinah binti Abdul Munaim. Program CSR ini dapat membentuk sifat kasih sayang dan menghargai golongan yang kurang bernasib baik. Pihak IPS berazam agar program-program seperti ini akan terus dilaksanakan di masa hadapan.
Kepada yang mereka yang berhasrat untuk menghulurkan sumbangan, boleh menghubungi pihak pengurusan Pusat Jagaan Hembusan Kasih Sayang iaitu Ustadz Uqbah (019-517 3072) atau Puan Nazihah (019-262 5313)